Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Wednesday, April 6, 2011

109 orang melarikan diri dari tahanan

Seramai 109 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia,  kebanyakan mereka yang majoritinya warga Myanmar, melarikan diri selepas merusuh dan membakar sebuah blok pusat tahanan itu, malam kelmarin (5hb), Mereka merempuh penghadang zink dan memotong pagar.


Kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 348 tahanan lelaki yang tidak berpuas hati dengan layanan diberi sebelum bertindak liar dalam kejadian pukul 9.45 malam itu.

Bagaimanapun, seramai 47 tahanan berjaya ditahan semula sehingga tengah malam ini di beberapa lokasi berhampiran.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, insiden itu mengakibatkan tingkat atas blok menempatkan tahanan tersebut rosak tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Susulan itu, polis, Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) melancarkan ‘Ops Tutup’ untuk memburu semua tahanan yang melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Abd. Manan, kesemua tahanan yang melarikan diri itu terdiri daripada warga Myanmar dan selebihnya Bangladesh, Nepal, Vietnam, Nigeria dan Iran.

“Rusuhan itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati tahanan dengan layanan diberi termasuk terlalu lama ditempatkan di depot berkenaan.

“Kebanyakan tahanan sudah berada di sini selama tiga bulan hingga lebih setahun kerana menunggu proses untuk diusir keluar dari negara ini selain masalah kesesakan,” ujarnya.

Menurut Abd. Manan, pada masa ini, pihak polis sedang menyiasat bagaimana tahanan mendapatkan punca api untuk mencetuskan kebakaran dan alatan bagi memotong pagar.

Tambahnya, kejadian itu merupakan kali kedua dalam tempoh lima tahun dan kali terakhir tahanan melarikan diri dari depot tahanan berkenaan adalah pada 2008 - Sumber online utusan

No comments:

Post a Comment

  • Kobe Jazz Street is a Jazz Festival held every October in Kobe. It is a two-day event and involving every jazz clubs in the city. Most of these club...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999