BATERI... Ramai nelayan mengambil bateri yang dibuang di laut Pulau Balambangan untuk mendapatkan plumbum dan bekas bateri tersebut digunakan untuk menyimpan ikan ketika memancing.
Tidak menolak kemungkinan buaya menjadi ganas dan bermutasi kerana pencemaran plumbum yang dibuang ke laut oleh pihak yang tidak bertanggung jawab terutama bateri asid plumbum yang digunapakai oleh sistem elektrik solar dan menara telekomunikasi yang begitu banyak di Kudat.
SERANGAN buaya ganas di perairan Pulau Bambangan, Kudat menjadi ancaman paling besar kepada nelayan sara diri yang terpaksa keluar jauh ke tengah laut akibat kepupusan ikan, dipercayai akibat pembuangan sisa toksik plumbum di perairan Pulau Banggi.
No comments:
Post a Comment