Kelmarin 23 April ada satu berita baik. Ia merupakan keadilan untuk undang-undang. Secepat kilat khabar tersebar dalam blog-blog. Siap dengan komen. Ade pula yang gunakan isu tersebut untuk menyindir pehak lain.
Semua orang tahu bahawa YB Mahfuz Omar adalah ketua Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE. Dan kelmarin IGP (Timbalam Ketua Polis Negara) Datuk Khalid Abu Bakar diberitakan berkata bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.
"Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam.
“Jangan terkejut bila kena saman…kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,”
"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.
Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.
Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.
“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya
Dua Maklumat ini secara amnya telah melegakan hati, iaitu polis tidak berkelakuan mafia, dan satu lagi ialah gengster india yang berlagak mafia selama ini akan dicegah dan tidak akan berpeluang menjadi melampau.
Dengan itu, jangan terdengar lagi pembunuhan kejam sebagaimana kes pembunuhan kejam kepada peniaga wanita melayu oleh peguam india itu
No comments:
Post a Comment