Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Wednesday, May 11, 2011

FAM Kena Siasat

MBAS KEMBALI... Penyerang Malaysia, Zaquan Adha Radzak (kiri) bersaing dengan pemain Zimbabwe, Voster Chitema pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai 2009.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan disiasat pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan


Terdahulu di Zurich, Setiausaha Agung Interpol, Ron Noble memberitahu FIFA bahawa Asia adalah kawasan ‘panas’ berkaitan rasuah dan sindiket menentukan keputusan perlawanan bola sepak.



Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih tidak mengetahui bentuk kes yang sedang disiasat FIFA.
Katanya, FAM telah menghubungi ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton kelmarin selepas difahamkan badan induk bola sepak dunia itu mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada 2009.
“Saya masih tertanya-tanya tentangnya. Apa yang saya tahu hanya melalui media. Tiada wakil FIFA pun yang menghubungi kami setakat ini.
“Jadi kami hubungi Chris Eaton semalam (kelmarin) bertanyakan tentang laporan media itu. Dia hanya memberitahu akan datang ke sini (Malaysia) minggu depan.
“Dia juga ada mengatakan satu surat penjelasan akan dihantar kepada FAM dalam minggu ini,” jelas Azzuddin semalam.
Bagaimanapun, Azzuddin mengakui, beliau hanya mengagak kemungkinan kes itu membabitkan perlawanan Malaysia-Zimbabwe.
Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun FIFA diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas ‘A’.
Jika dakwaan itu benar sekalipun, Azzuddin berkata, pihaknya menafikan ada membayar wang bagi menanggung perbelanjaan pasukan Zimbabwe ke negara ini.
“Apa yang saya tahu, kami menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.
“Jadi jika sudah ada surat sebagai komitmen, tentulah ia tidak boleh dipertikaikan. Takkan kami nak persoalkan pasukan itu skuad kebangsaan atau kelab,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

  • Kobe Jazz Street is a Jazz Festival held every October in Kobe. It is a two-day event and involving every jazz clubs in the city. Most of these club...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999