Manusia bukan tuhan, walaupun dia itu khalifah. Selagi dia manusia, dia adalah khalifah samada cacat atau tidak. Samada dia jahat atau baik. Gelaran khalifah itu kekal sampai bila-bila.
Khalifah maknanya wakil. Oleh itu, maksud khalifah ialah wakil. Jadi perkataan itu merujuk sebagai wakil tuhan.
Jadi sebagai wakil tuhan, manusia boleh mentadbir alam ini macam tuhan, tetapi bukanlah bermaksud manusia itu tuhan. Manusia tetap hamba kepada tuhan.
Kalau orang mengatakan khalifah Allah ialah pemimpin. Maka fahaman itu adalah salah. Khalifah bukan bermaksud pemimpin, tetapi wakil.
Sebagai wakil tuhan, manusia boleh buat apa sahaja dalam dunia ini, tetapi manusia tidak boleh membuat apa sahaja di luar dunia ini. Sebab dia hanya khalifah di muka bumi sahaja.
Itulah bezanya manusia dengan haiwan lain seperti kucing, burung, gajah, pokok, batu, bukit dan lain-lain.
Haiwan lain bukan khalifah. Sebab itu, haiwan lain tidak boleh buat macam yang manusia buat.
Kekuatan pada manusia ialah akal. Walaupun gila, tetap ada akal. Akal gila.
Khalifah Allah ini kadang-kadang dia buat jenayah. Membunuh, mencuri, menipu, syirik, meniaga, menjdi iman solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya.
Khalifah Allah ade lelaki dan ade perempuan. Mereka berkahwin, mengeluarkan zuriat, mengumpul harta dan memakmurkan dunia.
Khalifah Allah juga sebagai hamba. Sebab itu, dia kena membuat ibadat, solat dan menyembah kepada Allah. Dia akan dimasukkan neraka jika melakukan maksiat dan jahat di atas muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment