PUTRAJAYA: Proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) akan dilanjutkan sehingga 10 April ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam hari ini
"Kerajaan membuat keputusan itu selepas menimbang permohonan majikan, persatuan serta kumpulan peniaga kecil untuk membolehkan mereka menyediakan dokumen diperlukan, khususnya passport perjalanan pekerja asing tanpa izin yang diproses pejabat kedutaan negara masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment