Tarikh 28 Februari telah berlalu. Isu saman ekor hangat. Ada mensifatkan saman ekor itu lanun. Ada mensifatkan yang bawa kereta itu lanun. Masing-masing emosi. Polis kena cari duit, JPJ pula macam undang-undangnya tak laku, sementara yang bawa kereta pula kata itu hak dia macam mane nak pandu.
Ada yang menulis " rasa rasanya, org yg kena saman ekor tu....lebih lanun drpd saman ekor tu.. Jadi amat sesuailah saman ekor yg disifatkan sbg lanun...menyaman lanun lanun jalan raya...lagi bagus lanun lanun jalan raya tu dilekatkan ekor pd ponggong mrk..."
Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Jika polis dan JPJ bertindak melebihi kuasa, itulah adalah salah. Mereka tidak boleh bertindak penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Jika JPJ tidak membenarkan pemilik kenderaan baharui cukai jalan, tuan kenderaan boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan dan kesusahan kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
