Polis amnya dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) khususnya harus diberi pujian kerana mampu menyelamatkan negara dari bencana yang didatangkan oleh manusia yang keras kepala dan manusia-manusia yang tidak mendengar kata.
Pihak keselamatan telah berjaya mengesan bagaimama mereka telah berjaya mencitak baju-baju T dan risalah-risalah yang menghasut untuk digunakan dalam perhimpuan haram bersih 2.0 pada 9 julai 2011. dengan begitu banyak dan merebak di seluruh negara.
Jika benda itu tidak ketahui umum, sudah pasti gerakan itu nanti bukan sahaja akan menyusahkan pihak keselematan menjadi kelam kabut, tetapi perjalanan urusan negara juga akan tergendala.
Bayangkan jika perhimpunan itu dibiarkan, mereka yang keras kepala akan menari dan berjoget seperti hantu, kemudian membuat provokasi yang bukan - bukan kepada pihak lain. Ini dapat lihat dalam laman - laman blog dan laman-laman sosial.
Mereka belum berhimbun sudah melakukan gerakan perang saraf, apa lagi kalau mereka dibiarkan. Sudah barang tentu mereka akan lebih menjadi ganas dan kurang ajar.
Bagaimana kah nanti dalam kadaan sukar mengawal mereka, tiba-tiba penceroboh masuk di sempadan negara? Musuh itu mungkin akan memberi alasan yang tak terfikir pun. Misalnya untuk mengawal bekalan air dari dikuasai pembrontak dan sebagainya.
Kita juga melihat suasana di udara selatan tanah air sering dimasuki pesawat yang tidak dikenali. Radar pertahanan negara hanyak mampu mencatat, tetapi tidak dapat menembak benda itu, mungkin dikuatiri akan menimbulkan perang.
Negara juga sedang berhadapan dengan tuntan bertindih pulau pulau di utara sabah dari negara-negara yang mempunyai alat kelengkapan perang.
Polis janganlah cair hati dengan desakan gila supaya memberi kebebasan itu dan ini kepada mereka, kerana itu adalah provokasi untuk melemahkan pertahanan negara.
No comments:
Post a Comment