Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Thursday, October 20, 2011

Empat Kontena dengan 12 Kenderaan Curi

Empat buah kontena yang diisytiharkan berisi peralatan pam air rupanya 12 buah trak pikap Toyota Hilux curi yang dalam proses dieksport ke luar negara.
Akhbar Cosmo dipetik sebagai melaporkan bahawa ketika ditemui, kesemua 12 buah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM90,000 setiap sebuah itu dalam proses dieksport ke luar negara dipercayai untuk pasaran di Kingston, Jamaica.

Setiap sebuah kontena itu diisi dengan tiga buah kenderaan Toyota Hilux. Setiap kenderaan itu pula disusun atur dengan cara kenderaan itu digantung pada bumbung kontena.

Ia bertujuan menjimatkan ruang kontena bagi mengisi lebih banyak kenderaan curi untuk dieksport.

Difahamkan, perkara tersebut terbongkar selepas kakitangan yang bertugas di pelabuhan itu curiga dengan berat kandungan setiap kontena tersebut yang diisytihar berisi pam air.

Semua barangan itu disebut untuk dihantar ke Bangkok, Thailand.

Satu sumber berkata, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik setiap kenderaan tersebut tetapi tidak menolak kesemua kenderaan itu dicuri di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

“Sebelum dieksport setiap kenderaan itu dihantar ke sebuah gudang di Kampung Baru Subang untuk tujuan pembungkusan sebelum dimasukkan ke dalam kontena.

“Kita percaya kesemua Toyota Hilux itu akan diseludup ke negara-negara luar termasuk di Asia Barat,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Namun Bangkok dipercayai dijadikan sebagai negara transit sebelum semua kenderaan curi itu dihantar ke negara-negara di Asia Barat

No comments:

Post a Comment

  • Kobe Jazz Street is a Jazz Festival held every October in Kobe. It is a two-day event and involving every jazz clubs in the city. Most of these club...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999