Berita dari Bernama telah dipetik. KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Proses permohonan visa United Kingdom (UK) tidak berubah walaupun operasi memproses permohonan visa kini dipindahkan ke Hub Asia Timur di pejabat Kedutaan British di Manila, Filipina.
esuruhjaya British di Malaysia Simon Featherstone berkata orang ramai masih boleh memohon visa dengan menghantar permohonan mereka ke Pusat Permohonan Visa British (VAC) seperti biasa.
Beliau berkata apa yang dipindahkan ialah bahagian membuat keputusan dalam proses mengeluarkan visa sahaja, sedangkan pusat permohonan tidak berubah.
"Sebaik sahaja permohonan diterima VAC, ia akan kami hantar dengan selamat ke pejabat Kedutaan British di Manila untuk dikaji oleh pegawai-pegawai penilai yang bertauliah.
"Sebaik sahaja keputusan dibuat, ia akan dihantar kembali VAC untuk dipungut oleh pemohon, sama sebagaimana senario semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.
Menurutnya kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas satu artikel yang disiarkan sebuah tabloid Ahad lepas, mengenai pejabat Suruhanjaya Tinggi British di sini memindahkan proses permohonan visa ke Manila, Filipina.
Featherstone berkata seksyen visa di pejabat kedutaan British di Manila mempunyai rekod yang amat cemerlang dalam memproses permohonan visa.
No comments:
Post a Comment