Sedikit mengenai hak penerbitan, setelah penulis menandatangan perjanjian, penerbit mempunyai hak penerbitan sahaja. Tetapi manuskrip asal, hak ciptanya tetap dimiliki oleh penulis. Manakala ebook yang telah siap diformat, ecover ebook, laman web dan sebagainya, itu semua adalah hak penerbit 100%. Ia tidak boleh digunakan oleh penulis untuk keuntungan persendirian, melainkan ia membantu proses penjualan ebook oleh penerbit.
Katakan hak penerbitan adalah selama dua tahun, maka selama tempoh itu, penerbit berhak menggunapakai manuskrip penulis untuk diterbitkan dalam pelbagai format. Namun sebelum ia diterbitkan sebegitu, penulis akan dimaklumkan dahulu. Dan setiap format penerbitan, penulis akan tetap mendapat royalti/keuntungan mengikut persetujuan
No comments:
Post a Comment