Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Monday, May 2, 2011

Pada asalnya Hari Pekerja menuntut waktu pekerja 8 jam

Kelmarin adalah Hari Pekerja di Malaysia yang jatuh hari Ahad. Maka itu, hari isnin bagi negeri-negeri tertentu di Malaysia adalah hari cuti sebagai gantian kelmarin.



Sambutan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia bermula 39 tahun dahulu iaitu pada tahun 1972. 

Perisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja dan Hari Cuti Umum di Malaysia dilaksanakan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Allahyarham Tun Dr. Ismail pada majlis perasmian Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972. 

Idea sambutan Hari Pekerja dimulakan di Australia pada tahun 1856. Kempen dicetuskan oleh golongan Proletariat yang mendesak pihak majikan mereka untu mendapatkan waktu bekerja 8 jam sehari.

Pada asalnya mereka memilih tarik 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi pada hari tersebut. Setelah demonstrasi yang pertama tersebut berjaya memberi kesedaran positif kepada golongan itu sehingga tercetusnya pemberontakan yang baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun. 

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia.

Kejayaan pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari telah mendorong pekerja di negara lain menuntut hak yang sama.

Pada tahun 1886, para pekerja di US mengambil keputusan bahawa seita 1 Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat kerja dan menuntut masa bekerja lapan jam sehari.

No comments:

Post a Comment

  • Kobe Jazz Street is a Jazz Festival held every October in Kobe. It is a two-day event and involving every jazz clubs in the city. Most of these club...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999