Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semalami mengajak Nato mengadakan perbincangan untuk mengakhiri serangan udara ke atas negara utara Afrika itu yang sudah berlarutan hampir dua bulan.
“Kami tidak menyerang mereka atau melepasi kawasan perairan... jadi mengapa mereka serang kami?” kata Muammar dalam ucapan menerusi televisyen awal pagi.
“Biar kami bincang dengan anda, dengan negara-negara yang menyerang kami. Biar kita berunding,” kata beliau dipetik Reuters.
Dalam ucapan selama 80 minit yang disiarkan secara langsung, Muammar berkata beliau tiada hasrat untuk melepaskan jawatan atau meninggalkan negaranya.
Katanya, Libya boleh menyelesaikan masalah mereka jika Nato menghentikan serangan. “(Libya) bersedia sekarang untuk mengadakan gencatan senjata... tetapi gencatan senjata tidak boleh bersifat satu pihak,” kata Muammar.
No comments:
Post a Comment