Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Friday, May 10, 2013

SANGGUPKAH DAP MENINGGALKAN PAS DAN PKR

Demi servival masyarakat cina adakah DAP akan meninggalkan PKR dan DAP untuk menyertai Barisan Nasional.
 
Kemungkinan itu tidak berlaku kepada PAS yang sanggup bersama Pakatan Pembangkang sebagaimana PAS tidak sanggup bersama UMNO pada tahun 2008 di Perak, sedangkan PAS masa itu mempunyai peluang dan diperlukan.
 
Kronologi masyarakat cina memang itu ada sebagaimana Parti Komunis Malaya setelah berjuang lama dalam hutan, akhirnya berdamai dengan kerajaan,

Parti Gerakan pun sama dalam tahun selepas PRU tahun 1969

Malahan rakyat hampir menyaksikan DAP menyertai kerajaan persekutuan, sama seperti pilihan raya tahun 1969, Parti Gerakan menyertai Barisan Nasional setelah menewaskan MCA di Pulau Pinang.

Pengundi cina perlu ada wakil dalam pentadbiran supaya Malaysia dilihat sebagai negara baik dan stabil di Asia Tenggara.

Masyarakat cina seberang laut adalah sinonim dengan dunia perniagaan sebagaimana yang dilihat di Taiwan, Hong Kong dan Singapore.

Masyarakat Cina di Malaysia ramai yang tinggal di bandar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Johor Bharu dan tempat yang serupa dengannya adalah masyarakat peniaga.

Businessman pentingkan untung, mereka mahu kerajaan yang memerintah hendaklah berfikiran sama, dan persamaan itu berlaku jika ada wakilnya dalam kerajaan.

Keputusan PRU-13 menyaksikan wakil MCA tewas di banyak tempat, menyebabkan MCA membuat keputusan tidak mahu menyertai kabinet persekutuan dan exco negeri yang bakal dibentuk.

Satu lagi parti kompunen Barisan Nasional yang dominan keturuan cina iaitu Parti Gerakan pun hampir sama mengikut langkat MCA itu.

Undi majoriti masyarakat cina memilih DAP sebagai wakil tetapi DAP bersama PKR dan PAS gagal membentuk kerajaan persekutuan, sebab majoriti pengundi bumiputra masih mempertahankan Barisan Nasional yang diterajui UMNO untuk meneruskan pemerintahan persekutuan.

Menukar kerajaan persekutuan tidak dapat dilakukan tanpa kerjasama pengundi bumiputra. Begitu juga dunia perniagaan tidak berjalan baik sekiranya tiada kerajasama atau tidak satu kepala dengan pihak kerajaan.

Dr. Thock Ker Pong, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Tionghua Universiti Malaya melihat sokongan pengundi cina kepada pembangkang disebabkan mereka keliru dengan janji yang ditawarkan pakatan pembangkang.

Kata beliau, mereka berbelah bahagi kerana melihat Barisan Nasional juga tidak bersatu apabila wujud perpisahan antara kaum mengikut komponen.

Budayawan Dr Lim Swee Tin menegaskan masyarakat Cina Malaysia tidak mampu berpecah daripada orang Melayu dan India kerana kekuatan untuk meneruskan kelansungan pentadbiran negara memerlukan semangat penyatuan.

Halangan ialah pengundi dan penyokong parti, tetapi perkara ini kecil, sebab menyedari percaturan untuk menukar Barisan Nasinal gagal dan jalan tengahnya ialah DAP menyertai Barisan Nasional supaya ada wakil cina

Lim Kit Siang sebagaimana yang dilaporkan BERNAMA hari ini tidak menolak kemungkinan itu, dan ini tidak mustahil kerana puak puak di singapure yang pro DAP mahu masyarakat Cina Malaysia juga mesti ada dalam barisan kerajaan yang akan dibentuk.

No comments:

Post a Comment

  • Setelah hampir 4 tahun menyepi, aku kini kembali. Sejak post yang terakhir, aku malas nak update blog nih. Canggih sangat. Time tu banyak giler coding-codi...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999