Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Thursday, May 9, 2013

PERUBAHAN BARISAN NASIAONAL GAGAL

PRU'13 menyaksikan parti pihak kerajaan dan parti pihak pembangkang mahu mengubah kerajaan.
Defacto Pakatan Rakyat DS Anwar Ibrahim mahu rakyat menukar kerajaan, tetapi Pengurusi Barisan Nasional dan juga Perdana Menteri Malaysia, DS Najib pula berkata, rakyat tidak perlu menukar parti untuk mengubah kerajaan.
Sebab Barisan Nasional telah menyediakan senarai nama calon calon muka baru untuk dipilih rakyat, jadi rakyat tidak perlu menukar kerajaan dengan parti PKR, DAP dan PAS.
Perdana Menteri membuat perubahan melalui pemilihan calon calon Barisan Nasional adalah muka baru. Ramai muka lama tidak menjadi calon.
Namun keputusan PRU-13 adalah sebaliknya. Ramai muka baru Barisan Nasional tewas. Malah tokoh tokoh berwibawa juga tewas. Rakyat menolak perubahan yang dicadangkan oleh kedua-dua pemimpin itu.
Jika Barisan Nasional tidak melayan provokasi pembangkang yang mahu menukar kerajaan, dan Barisan Nasional tidak meletakkan calon yang terdiri dari muka baru yang ramai, ada kemungkinan Barisan Nasional yang meraih 133 kerusi Dewan Rakyat boleh mendapat lebih dari jumlah itu
Orang lama yang tidak bertanding ialah Tun Dr Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badwi, Dato Sri Utama Rais Yatim dan lain-lain lagi.
Rakyat masih suka muka lama. Mereka sukakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato Nik Abdul Aziz, Ds Najib Tun Razak, Tan Sri Mahyudin Yasin, Dato Zahid Hamidi, Tan Sri Isa Samad dan lain-lain.
Rakyat tidak memilih seorang calon bebas pun untuk menang walaupun di antara calon itu adalah penyanyi popular dan hero NGO, menyaksikan Dato Ibrahim Ali tewas
Walaupun rakyat menyukai muka lama tetapi emosi rakyat dalam PRU 13 tempoh hari adalah kepada parti adalah tinggi berbanding emosi mereka memilih calon.
TUKAR atau UBAH adalah sinonim dengan PRU-13. Perkataan yang sama menjadi tag kempen ialah INI KALILAH serta KALI INILAH dan LAIN KALILAH. Namun perubahan yang dicangkan oleh kedua pihak iaitu pada parti kerajaan dan parti pembangkang akhirnya gagal dan ditolak oleh rakyat.
- Sekian -

No comments:

Post a Comment

  • Setelah hampir 4 tahun menyepi, aku kini kembali. Sejak post yang terakhir, aku malas nak update blog nih. Canggih sangat. Time tu banyak giler coding-codi...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999