Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Friday, October 25, 2013

Bonus 2014 Untuk Pejawat Awam Samada Ya Atau Tidak Sebentar Lagi

Petang ini di Parlimen Malaysia Menteri Kewangan, yang juga Perdana Menteri membentangkan Baget 2014. Yang ditunggu oleh penjawat awam ialah bonus samada diberi atau tidak diberi. Tetapi umumnya bonus memang telah diberi pada hari raya syawal baru baru ini, dan ia sebahagian baget 2014.

Bernama 1 Okt melaporkan-  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa ditanya adakah soal gaji, kemudahan dan elaun untuk penjawat awam akan turut diumum dalam belanjawan ini, Ali berkata, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji tahunan dua kali buat penjawat awam tahun ini, selain menetapkan kenaikan gaji automatik sekurang-kurangnya tiga peratus kepada mereka yang telah mencapai gaji maksimum.

Sementara itu, Bernama 10 Okt menulis - Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. 

Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014. 

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. 

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.

Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
 

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. 

No comments:

Post a Comment

  • Setelah hampir 4 tahun menyepi, aku kini kembali. Sejak post yang terakhir, aku malas nak update blog nih. Canggih sangat. Time tu banyak giler coding-codi...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999