Laut Cina Selatan di Timur Malaysia dan Selat Melaka di Barat. Ketua Kerajaannya DS Najib dan Ketua Pembangkang DS Anwar.

Followers

Dari Lidah Blog

Sunday, October 20, 2013

Naib President Umno Diberi Peluang Lagi

Tiga orang yang masing-masing menjawat naib president kepada parti UMNO sebelum ini dipilih semula dalam jawatan itu, pada pemilihan mereka semalam 19hb Oktober 2013.

kenapa mukhriz kalah.....

Kalah atau menang adalah sinonim kepada pertandingan, tetapi kalah atau menang bukanlah tidak ada sebab mengapa.

Jika track record menjadi perhitungan, YAB Mukhriz Mahathir sebenarnya memenuhi selera ahli-ahli UMNO untuk terpelih.

Pengalaman beliau pernah menjawat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Malaysia sebelum ini banyak membantu membawa pembangunan kepada negeri kedah. Sebab negeri Kedah  ketinggalan semasa pemerintahan PAS.

Track record juga menjadi sebab mengapa Mukhriz Mahathir kalah.

Beliau yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pernah menentang Khairy Jamaluddin dalam pemilihan pemuda Umno. Beliau juga pernah memperlekeh ucapan Tun Abdullah Ahad Badwi sebagai president Umno ketika itu.


Track Record jugalah mengapa Tengku Razali menerima nasibnya sekarang. Track Record jugalah mengapa DS Najib mendapat sokongan. Track Record jugalah mengapa YB Idris Jusoh kecundang menjadi Menteri Besar Terengganu

Sementara itu berita berita Bernama sebagai dipetik melaporkan -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun berusia, trio Naib Presiden Umno sebenarnya memiliki aspirasi dan pemikiran orang muda.

"Biarpun kami terdiri daripada tokoh atau orang-orang politik yang berumur lebih daripada 50 tahun tetapi pemikiran, cita rasa dan gerak kerja yang dilakukan tetap mengambil kira cita rasa dan pola pemikiran generasi muda," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat media sempena pemilihan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Ahad.

Ahmad Zahid, 60, yang dipilih semula menduduki kerusi itu bagi penggal kedua bersama-sama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 56, dan Datuk Seri Hishammudddin Tun Hussein, 52, berkata pemilihan semula itu juga memberi peluang kepada mereka untuk terus menegakkan cita-cita orang Melayu dan kaum Bumiputera yang diwakili Umno.

Beliau berkata kepercayaan itu juga akan digunakan bagi membantu Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memberikan nafas bagi kelangsungan perjuangan Umno, khususnya dalam menarik sokongan 6.5 juta pengundi baharu yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

"...dan tentunya keberadaan kami di dalam organisasi dan struktur kepimpinan ini akan dapat terus membantu memperkasakan institusi kepresidenan dan menterjemahkan aktiviti-aktiviti merelevankan Umno dengan kumpulan sasaran yang terdiri daripada mereka yang akan mengundi pertama kali pada PRU14," katanya.

Pemilihan kali ini menyaksikan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memperoleh 185 undi, manakala Mohd Shafie (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Hishammuddin (Menteri Pertahanan) masing-masing memperoleh 174 dan 100 undi.

Trio itu menewaskan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang memperoleh 91 undi, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang masing-masing mendapat tujuh undi.

No comments:

Post a Comment

  • Setelah hampir 4 tahun menyepi, aku kini kembali. Sejak post yang terakhir, aku malas nak update blog nih. Canggih sangat. Time tu banyak giler coding-codi...
  • [image: Image result for naik motor dengan pakwe]Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan...
  • Bahan-bahan:- 1) 1 ¾ cawan tepung gandum 2) ½ cawan tepung ubi 3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa 4) 1 cawan gula pasir 5) Garam secukup rasa. 6) Pewar...
  • Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kal...


Rukun solat ada 17 Perkara

Jalan raya di Malaysia memungkinkan bagi penunggang motosikal memasuki jalan highway, jalan tol, jalan bypass, jalan speedway, memotong atau menyalip, mengambil jalur kanan, tengah dan kiri.

no tel polis, bomba, kecemasan untuk di Malaysia ialah 999