KUALA LUMPUR: AirBus dalam laman Twitternya mengesahkan syarikat itu sudah 'dimaklumkan mengenai kejadian itu' dan segala usaha sedang dilakukan untuk menilai situasi selepas AirAsia mengumumkan kehilangan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. --
BERNAMA/BERITAHARIAN
KUALA LIPIS 28 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.
Mengakui masih menunggu butiran lengkap berhubung kejadian itu, beliau berkata apa yang dapat disahkan setakat ini ialah pesawat milik Indonesia itu telah hilang daripada radar selepas berlepas.
“Ini bermakna kemungkinan besar satu musibah telah berlaku pada pesawat tersebut.
“Itu saja yang saya dapat tahu dan kita akan bantu untuk mencari apa yang telah berlaku kepada pesawat itu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Padang Tengku di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pesawat AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini waktu tempatan.
Pesawat yang hilang itu ialah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. - BERNAMA/UTUSAN
Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.
Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.
Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.

“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.
Men
Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.
Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.

1.49pm: Ketua tentera udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto berkata pihaknya mengerahkan anggotanya ke wilayah Belitung untuk menyiasat perkara itu.
“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.
"Mengikut radar pesawat itu jatuh di atas Laut Jawa berdekatan Belitung.
“Kita akan mencari pesawat itu dengan pesawat yang kita miliki.
"Dan sekiranya kita menemui objek seperti pesawat kita akan melaporkannya,” katanya seperti disiarkan Metro TV Indonesia.
1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.
ulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.
1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.
1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar di barat laut, Laut Jawa.
Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.
FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).
Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.
12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.
Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan “sebuah pesawat” dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan.
- MALAYSIAKINI
No comments:
Post a Comment