KOTA BHARU 18 Mac – Kenderaan elektrik telah diluluskan penggunaannya di atas jalan raya selepas ia memenuhi syarat pendaftaran di bawah Seksyen 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.
Beliau berkata, setakat ini tidak kurang daripada 10 syarikat telah diberi kelulusan oleh kerajaan untuk membangunkan kenderaan sedemikian termasuk motosikal.
"Adalah dijangkakan, semua kenderaan elektrik akan dapat didaftarkan sebagai pengangkutan awam pada pertengahan tahun ini apabila ia didaftarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
dipetik dari Bernama - Utusan
No comments:
Post a Comment