Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear! kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di Jepun.
Biar pun berbunyi agak dramatik, konotasinya ialah keyakinan pakar-pakar nuklear Jepun terhadap tahap keselamatan loji nuklear di negara berkenaan. Dunia yakin, Jepun adalah benchmark yang wajar pada mengukur kematangan dan kemajuan teknologi nuklear.
Namun pada 11 Mac 2011 yang lalu, perhitungan manusia rebah pada kuasa alam. Gempa bumi pada magnitiud 9 dan Tsunami maha dahsyat, bukan setakat memusnahkan kediaman manusia dan meragut ribuan nyawa, loji nuklear Jepun turut terjejas teruk. Tiga letupan besar berlaku dan radiasi yang terlepas ke ruang udara menjadi kegusaran mega bukan hanya penduduk tempatan malah mendebarkan masyarakat antarabangsa. Kita berhadapan dengan masalah yang serius.
Tulkisan ini copy paste dari satu blog di sini Allah Aklam
Tulkisan ini copy paste dari satu blog di sini Allah Aklam
No comments:
Post a Comment