Menurut Reuter awal kelmarin Televisyen Al-Arabiya melaporkan, jet-jet pejuang tentera yang setia dengan Gddafi telah menyerang bandar tersebut menyebabkan empat pemberontak terkorban.
Sementara itu, jet-jet pejuang tentera yang setia kepada Gaddafi turut mengebom bandar Ajdabiya yang dikuasai pemberontak.
Bandar itu merupakan satu daripada dua pusat utama memisahkan tentera kerajaan dan ibu pejabat pihak pemberontak.
Seorang penduduk bandar itu, Said Ali Bouhilfaya, seorang jurutera berkata, serangan udara itu berlaku setiap 20 minit selepas suasana tenang sehari suntuk.
Serangan bom itu berlaku selepas jurucakap pihak pemberontak mendakwa pesawat kerajaan menggugurkan risalah-risalah di seluruh bandar Ajdabiya meminta penduduk tidak menyokong kumpulan yang menentang Gaddafi
No comments:
Post a Comment