Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lepas.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM, manakala RM55.4 juta dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (Rilek).
Jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah sebanyak RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (September), RM29.3 juta (Oktober), RM29 juta (November), RM127 juta (Disember), RM44.7 juta (Januari 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lepas.
Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan Rilek pula sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (September), RM2.3 juta (masing-masing pada Oktober dan November), RM26.2 juta (Disember), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lepas sebanyak RM8.3 juta.
Demikian dilaporkan Bernama yang dikutip dari Jawapan Menteri Dalam Negeri Di Dewan Rakyat tadi.
No comments:
Post a Comment