Jika benar bahawa itu adalah jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, maka gambar itu sangat menyedihkan dipandang mata, bertambah lagi beliau semasa hidupnya telah berjaya menghapuskan buta huruf rakyak Libya. Kadar celik bertambah dari 10% kepada 90%.
Teorinya Muammar Gaddafi telah berjaya membangunkan rakyat, tetapi beliau masih gagal dalam sudut mengawal nafsu dan hasad dengki rakyatnya yang melihat barat lebih baik dan menganggap barat sebagai lebih tamadun.
Natijahnya dapat kita saksikan berapa ramai rakyat Libya yang tidak buta huruf itu terpengaruh dengan tamadun orang lain, dan menganggap Muammar Gaddafi sebagai mengawal nafsu jangan meniru barat. Lalu mereka marah dan memberontak. Mereka mendapat sokongan tentera Nato.
Muammar Gaddafi musnah, dan tamadun dari ideanya menghancurkan dirinya sendiri. Malahan di saat akhir pun keluarga Muammar Gaddafi masih hidup dan tinggal bawah khimah, walhal dia mampu hidup dalam Istana.
Seolah-olah Muammar Gaddafi tidak bersyukur dengan nikmat yang beliau layak, tetapi sikapnya yang keterlaluan idealis akhirnya menerima sama seperti azab mereka yang tidak bersyukur. Mati kena tembak oleh rakyat yang pernah dibela.

No comments:
Post a Comment