Penyokong bolasepak Trengganu bertindak melampau, dan mereka tidak sabar dengan provokasi yang datang dari penyokong lawan. Sedangkan kita tahu bolasepak adalah sukan, bukannya medan perang. Oleh itu kita harus membenci penyokong trengganu yang melampau ini.
Walaupun mereka tidak ngam dengan pasukan lawan, tetapi mereka tidak boleh menghukum pelaku provokasi begini rupa, kerana negara kita ada rukun negara yang menyuruh mengakui kedaulatan undang-undang.
Jika penyokong bolasepak Trengganu walaupun cinta sangat kepada bendera negeri, tetapi mereka menidakkan rukun negara adalah lebih dahsyat lagi jahatnya dari orang yang buar provokasi itu. Kerana orang yang melakukan provokasi satu orang, dia tetap salah, tetapi mereka yang membelasah adalah bilangan ramai, menunjukkan mejoroti penyokong ini adalah tidak bermoral dan anti rukun negara.
Jiwa orang yang anti rukun negara adalah lebih merbahaya untuk mase depan negara, mungkin lebih dahsyat lagi jika mereka menjadi pemimpin, tidak kiralah pemimpin peringkat negara, negeri, daerah, atau peringkat komuniti, dan keluarga.
Gambar di atas ialah seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.
Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.
Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.
Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul
No comments:
Post a Comment